Saturday, August 21, 2010

assalamualaikum.

seperti yang dirancang, kami dalam usaha untuk menyebarkan tazkirah dan ceramah ustaz faizal khususnya untuk anak-anak murid beliau. semoga dapat dimanfaatkan bersama.


ust faizal-sifat bakhil.zip


ustaz faizal-tasawwuf.zip



dikesempatan ini kami daripada pihak admin ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan kareem.
semoga ramadhan ini menjadi medan kita semua memperbaiki diri dan seterusnya istiqomah di jalan Allah.
InsyaAllah.








"setiap amal kebajikan anak bani adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberikan pahala puasanya." - hadith riwayat bukhari




disediakan oleh :
admin.

Wednesday, March 24, 2010

B. Apakah makna Sifat Dua Puluh ?

Sifat Dua Puluh adalah kumpulan sifat-sifat Allah yang berjumlah dua puluh sifat yang disusun oleh para
ulama dengan sangat rapi, teratur dan berurutan sehingga memudahkan kita dalam mengenal Allah
(Ma’rifatullah). Oleh kerana sifat-sifat yang disusun tersebut berjumlah dua puluh maka disebutlah Sifat
Dua Puluh.

Memanglah perkataan Sifat Dua Puluh tidak ada didalam Al-Quran ataupun didalam Hadith, tetapi
bukan bererti ia adalah perkara baru yang diada-adakan (bid’ah), hal itu kerana Sifat Dua Puluh tersebut
disusun berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah-sunnah Rasulullah.

Perkataan Sifat Dua Puluh adalah sebuah istilah sama seperti istilah-istilah yang lainnya, seperti istilah
Rukun Islam yang lima, Rukun Iman yang enam, Rukun Sholat yang tiga belas dan lain sebagainya. Maka
tidak ada salahnya seseorang itu untuk mengenal Allah melalui sifat-sifat yang berjumlah dua puluh itu.

Adakah Allah hanya memiliki dua puluh sifat sahaja ? Tidak, Allah memiliki banyak sifat, namun para
ulama telah berijtihad bahawa sifat-sifat Allah yang banyak itu apabila disederhanakan dan disusun
sedemikian rupa untuk mudah dipelajari dan difahami maka ia akan tersusun menjadi dua puluh sifat.
Jadi, Sifat Dua Puluh adalah sifat-sifat yang menerangkan tentang Zat Allah Subhanahu wata’ala Yang
Maha Sempurna lagi Maha Agong.

Wednesday, February 24, 2010

Tauhid dan sifat 20

Wujud ﻭﺟﻮﺩ Ada- sifat mustahil- Adam ﻋﺪﻡ Tiada

Qidam ﻗﺪﻡ Sedia Ada- sifat mustahil- Huduth ﺣﺪﻭﺙ Baharu

Baqa ﺑﻘﺎﺀ Kekal-sifat mustahil- Fana ﻓﻨﺎﺀ Akan binasa

Mukhalafatuhu lilhawadith ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ Menyalahi atau berlainan bagi-Nya dengan suatu yang baru-sifat mustahil- Mumathalatuhu lilhawadith ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru

Qiamuhu binafsih ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ Berdiri-Nya dengan sendiri-sifat mustahil- Qiamuhu bighairih ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ Berdiri-Nya dengan yang lain

Wahdaniat ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ Tunggal -Sifat mustahil- Ta'addud ﺗﻌﺪﺩ Berbilang-bilang

Qudrat ﻗﺪﺭﺓ Berkuasa -sifat mustahil- Ajzun ﻋﺟﺰ Lemah

Iradat ﺇﺭﺍﺩﺓ Berkehendak menentukan-sifat mustahil- Karahah ﻛﺮﺍﻫﻪ Benci iaitu tidak menentukan

Ilmu ﻋﻠﻢ Mengetahui-sifat mustahil- Jahlun ﺟﻬﻞ Bodoh

Hayat ﺣﻴﺎﺓ Hidup -sifat mustahil- Al-Maut ﺍﻟﻤﻮﺕ Mati

Sama' ﺳﻤﻊ Mendengar -sifat mustahil- As-Summu ﺍﻟﺻﻢ Pekak

Basar ﺑﺼﺮ Melihat -sifat mustahil- Al-Umyu ﺍﻟﻌﻤﻲ Buta

Kalam ﻛﻼ ﻡ Berkata-kata -sifat mustahil- Al-Bukmu ﺍﻟﺑﻜﻢ Bisu

Kaunuhu qaadiran ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ Keadaan-Nya yang berkuasa Ma'nawiyah-Kaunuhu ajizan ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍ Keadaan-Nya yang lemah

Kaunuhu muriidan ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan Ma'nawiyah- Kaunuhu kaarihan ﻛﻮﻧﻪ ﻛﺎﺭﻫﺎ Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan

Kaunuhu 'aliman ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ Keadaan-Nya yang mengetahui Ma'nawiyah -Kaunuhu jahilan ﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼ Keadaan-Nya yang bodoh

Kaunuhu hayyan ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ Keadaan-Nya yang hidup Ma'nawiyah Kaunuhu - mayitan ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ Keadaan-Nya yang mati

Kaunuhu sami'an ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ Keadaan-Nya yang mendengar Ma'nawiyah- Kaunuhu asamma ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢ Keadaan-Nya yang pekak

Kaunuhu basiiran ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ Keadaan-Nya yang melihat Ma'nawiyah Kaunuhu a'maa ﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰ Keadaan-Nya yang buta

Kaunuhu mutakalliman ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ Keadaan-Nya yang berkata-kata Ma'nawiyah - Kaunuhu abkam ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ Keadaan-Nya yang kelu


Menpelajari sifat dua puluh

Allah berfirman :


Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia

menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu.(101) (Yang memiliki sifat-sifat yang)

demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta

segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu.(102) Dia tidak dapat

dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha

Halus lagi Maha Mengetahui. [surah Al-An’am : 101-103]


Ayat ini menerangkan tentang Allah Subhanahu wata’ala yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan ; yang

menjadikan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, mencipta, mengetahui dan memelihara segala

sesuatu, dan yang ditujukan ibadah kepada-Nya. Demikianlah sifat-sifat Allah sebagai Tuhan semesta

alam. Hanya Allah yang memiliki sifat-sifat sempurna tersebut, bererti tidak ada Tuhan selain Allah.

Allah memiliki sifat-sifat yang berbeza dengan makhluk (ciptaan). Meskipun pada sifat-sifat tertentu ada

kesamaan pada sisi makna seperti pengasih, penyayang, perkasa, bijaksana, mulia, terpuji, agong,

penyantun, pema’af namun terdapat perbezaan yang sangat besar pada sisi hakikat sifat-sifat tersebut,

hal itu adalah kerana sifat-sifat yang ada pada makhluk bergantung pada zat makhluk yang tidak

sempurna. Singkat kata, apabila sesuatu zat itu tidak sempurna maka sifatnya-pun tidak sempurna,

sebaliknya apabila zat itu sempurna maka sifatnya akan sempurna pula.

Zat Allah adalah sempurna kerana Allah adalah Pencipta segala sesuatu. Dan, segala sesuatu yang

dicipta tidak sempurna kerana ia merupakan ciptaan Zat Yang Sempurna. Dalam ayat diatas perkara ini

diungkapkan dengan pemberitahuan bahawa Allah dapat melihat segala penglihatan namun segala

penglihatan tidak dapat melihat Zat Allah Subhanahu wata’ala. Atau dengan kata lain, Allah bagi kita

adalah ghaib, namun bagi Allah, kita ini tidaklah ghaib.

Allah bersifat ghaib kerana sesuai dengan sifat-Nya Yang Maha Sempurna. Apabila Allah masih dapat

dicapai oleh penglihatan, atau pendengaran, atau perasaan bererti Allah dapat dikuasai oleh panca

indera kita, maka ia bertentangan dengan sifat-sifat kesempurnaan sebagai Tuhan.

Oleh kerana Allah adalah Zat yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan seperti yang dibahaskan dalam

Sifat Dua Puluh, maka Allah adalah keperluan utama bagi manusia dalam menjalani hidup. Tanpa Allah

manusia akan sengsara, kerana didalam hidup manusia akan menjalani sakit, miskin, sedih, takut,

kehilangan orang-orang yang disayangi dan lain sebagainya, maka siapakah yang akan menyelesaikan

masalah tersebut? Manusia tidak akan mampu menyelesaikannya sendiri disebabkan kerana sifat

kekurangan yang dimiliki, disinilah pentingnya Allah yang memiliki sifat kesempurnaan bagi hidup

manusia.

bersambung





Tuesday, January 12, 2010

mabadi tasawwuf

Definisi tasawwuf

Menurut Syaikh Husin- al-Sofa’ ertinya bersih, jernih, hening sesuatu dari najis dan kotor yang hissi dan maknawi. Ertinya membersih dari dosa zahir seperti mencuri,mengumpat,fitnah dan sebagainya dan suci dari dosa batin seperti hasad,takbur,riya’,sangka buruk dan sebaginya.

Definisi menurut Syakh Amin al-Kurdi ilmu tasawuf ialah ilmu yang dapat mengetahui tentang keadaan jiwa manusia baik dan buruknya, dan cara-cara membersihkan daripada sifat yang tercela dan menghiasi dengan sifat-sifat yang terpuji serta cara menuju kepada Allah.

Tempat hantar (tajuk)

Syaikh Amin al-kurdi - Pembersihan dan penyucian perbuatan amalan hati dan zahir

Ibnu A’jibah – bagaimana cara nak mencapai sampai kepada marifah kepada Allah

Buah atau kesan (Faedah)

Syaikh Husin - Sampai kepada ma’rifah(mengenal) kepada Allah, untuk mudah faham ertinya dapat keyakinan rezeki itu datang dari Allah,ilmu dan harta itu kurniaan Allah keatas kita.

Syaikh Amin al-kurdi - Bersih hati( terhindar dari dosa hati dan dosa zahir ) dan dapat mengenal Allah serta mendapat memcapai keredaan Allah.

Kelebihan

Syaikh Amin al-kurdi – kaitan rapat dengan ma’rifah kepada Allah dan kecintaanNya ertinya bila kita beribadah kepada Allah,kita dapat merasakan kenikmatan ibadah dan dapat merasakan Allah sentiasa melihat apa yang kita buat, melalui keadaan ini menjadikan kita ingat kepada Allah dan cepat bertaubat atas kesalahan dan dosa kita.

Nisbahnya (hubungan dengan ilmu lain)

Syaikh Amin – sebagai roh dan jasad – tiada ilmu dan amalan melainkan dengan ikhlas

Ibnu A’jibah – tiada ilmu dan amal melainkan dengan benarnya hati kepada tawajjuh kepada Allah

Penciptanya

Allah telah mewahyukan kepada Rasulullah dan pada anbiya’ sebelumnya. Ini bermaksud ilmu tasawwuf adalah ilmu akhlak yang membentuk manusia dengan peribadi mulia bukan sekadar luaran tapi benar belaku pada pada zahir dan batin (hati) manusia untuk menghindarkan manusia bersifat kepura-puraan.

Antara pengantar ilmu ini terdiri dari para ulama’ muktabar – Hasan al-Basri, Imam al-Junaid, sufyan al-thauri.

Nama ilmu tasawwuf

ilmu qalb,ilmu batin,ilmu mukasyafah,ilmu asrar,ilmu akhlak,ilmu adab

tempat ambil (sumbernya)

al-quran dan al-hadis dan al-athar yang thabit

hukum

wajib ain atau fardu ain

Syaikh Husin - Qadar fardu ain , fardu atas mukallaf mengetahui sama ada kuasa atau tidak

masalah (perbahasan) ilmu tasawwuf

bicara tentang musyahadah,maqam,ahwal, zuhud,fana dan adab amalan tasawwuf atau cara membersih sifat terkeji seperti hasad,sombong,u’jub dan sebagainya dan menghiasi sifat terpuji seperti sabar,reda,syukur dan yang lainnya.

Friday, January 08, 2010

pengenalan

muga blog terus berkembang dengan baik ,walaupun keadaan lembab sikit mudahan pelajar yang bersama ust dahulu dapat menghulurkan sedikit tinta nasihat berguna untuk sahabat mereka sebagai ingatan dan nasihat.mudahan hijrah tahun ini akan membangunkan kita ilmu dan amal serta taubat kepada Allah.terus usaha anda semua.sekali lagi mudahan kita mendapat respon baik dari pejuang-pejuang muda ini.