Wednesday, February 24, 2010

Tauhid dan sifat 20

Wujud ﻭﺟﻮﺩ Ada- sifat mustahil- Adam ﻋﺪﻡ Tiada

Qidam ﻗﺪﻡ Sedia Ada- sifat mustahil- Huduth ﺣﺪﻭﺙ Baharu

Baqa ﺑﻘﺎﺀ Kekal-sifat mustahil- Fana ﻓﻨﺎﺀ Akan binasa

Mukhalafatuhu lilhawadith ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ Menyalahi atau berlainan bagi-Nya dengan suatu yang baru-sifat mustahil- Mumathalatuhu lilhawadith ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru

Qiamuhu binafsih ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ Berdiri-Nya dengan sendiri-sifat mustahil- Qiamuhu bighairih ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ Berdiri-Nya dengan yang lain

Wahdaniat ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ Tunggal -Sifat mustahil- Ta'addud ﺗﻌﺪﺩ Berbilang-bilang

Qudrat ﻗﺪﺭﺓ Berkuasa -sifat mustahil- Ajzun ﻋﺟﺰ Lemah

Iradat ﺇﺭﺍﺩﺓ Berkehendak menentukan-sifat mustahil- Karahah ﻛﺮﺍﻫﻪ Benci iaitu tidak menentukan

Ilmu ﻋﻠﻢ Mengetahui-sifat mustahil- Jahlun ﺟﻬﻞ Bodoh

Hayat ﺣﻴﺎﺓ Hidup -sifat mustahil- Al-Maut ﺍﻟﻤﻮﺕ Mati

Sama' ﺳﻤﻊ Mendengar -sifat mustahil- As-Summu ﺍﻟﺻﻢ Pekak

Basar ﺑﺼﺮ Melihat -sifat mustahil- Al-Umyu ﺍﻟﻌﻤﻲ Buta

Kalam ﻛﻼ ﻡ Berkata-kata -sifat mustahil- Al-Bukmu ﺍﻟﺑﻜﻢ Bisu

Kaunuhu qaadiran ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ Keadaan-Nya yang berkuasa Ma'nawiyah-Kaunuhu ajizan ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍ Keadaan-Nya yang lemah

Kaunuhu muriidan ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan Ma'nawiyah- Kaunuhu kaarihan ﻛﻮﻧﻪ ﻛﺎﺭﻫﺎ Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan

Kaunuhu 'aliman ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ Keadaan-Nya yang mengetahui Ma'nawiyah -Kaunuhu jahilan ﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼ Keadaan-Nya yang bodoh

Kaunuhu hayyan ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ Keadaan-Nya yang hidup Ma'nawiyah Kaunuhu - mayitan ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ Keadaan-Nya yang mati

Kaunuhu sami'an ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ Keadaan-Nya yang mendengar Ma'nawiyah- Kaunuhu asamma ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢ Keadaan-Nya yang pekak

Kaunuhu basiiran ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ Keadaan-Nya yang melihat Ma'nawiyah Kaunuhu a'maa ﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰ Keadaan-Nya yang buta

Kaunuhu mutakalliman ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ Keadaan-Nya yang berkata-kata Ma'nawiyah - Kaunuhu abkam ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ Keadaan-Nya yang kelu


Menpelajari sifat dua puluh

Allah berfirman :


Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia

menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu.(101) (Yang memiliki sifat-sifat yang)

demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta

segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu.(102) Dia tidak dapat

dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha

Halus lagi Maha Mengetahui. [surah Al-An’am : 101-103]


Ayat ini menerangkan tentang Allah Subhanahu wata’ala yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan ; yang

menjadikan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, mencipta, mengetahui dan memelihara segala

sesuatu, dan yang ditujukan ibadah kepada-Nya. Demikianlah sifat-sifat Allah sebagai Tuhan semesta

alam. Hanya Allah yang memiliki sifat-sifat sempurna tersebut, bererti tidak ada Tuhan selain Allah.

Allah memiliki sifat-sifat yang berbeza dengan makhluk (ciptaan). Meskipun pada sifat-sifat tertentu ada

kesamaan pada sisi makna seperti pengasih, penyayang, perkasa, bijaksana, mulia, terpuji, agong,

penyantun, pema’af namun terdapat perbezaan yang sangat besar pada sisi hakikat sifat-sifat tersebut,

hal itu adalah kerana sifat-sifat yang ada pada makhluk bergantung pada zat makhluk yang tidak

sempurna. Singkat kata, apabila sesuatu zat itu tidak sempurna maka sifatnya-pun tidak sempurna,

sebaliknya apabila zat itu sempurna maka sifatnya akan sempurna pula.

Zat Allah adalah sempurna kerana Allah adalah Pencipta segala sesuatu. Dan, segala sesuatu yang

dicipta tidak sempurna kerana ia merupakan ciptaan Zat Yang Sempurna. Dalam ayat diatas perkara ini

diungkapkan dengan pemberitahuan bahawa Allah dapat melihat segala penglihatan namun segala

penglihatan tidak dapat melihat Zat Allah Subhanahu wata’ala. Atau dengan kata lain, Allah bagi kita

adalah ghaib, namun bagi Allah, kita ini tidaklah ghaib.

Allah bersifat ghaib kerana sesuai dengan sifat-Nya Yang Maha Sempurna. Apabila Allah masih dapat

dicapai oleh penglihatan, atau pendengaran, atau perasaan bererti Allah dapat dikuasai oleh panca

indera kita, maka ia bertentangan dengan sifat-sifat kesempurnaan sebagai Tuhan.

Oleh kerana Allah adalah Zat yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan seperti yang dibahaskan dalam

Sifat Dua Puluh, maka Allah adalah keperluan utama bagi manusia dalam menjalani hidup. Tanpa Allah

manusia akan sengsara, kerana didalam hidup manusia akan menjalani sakit, miskin, sedih, takut,

kehilangan orang-orang yang disayangi dan lain sebagainya, maka siapakah yang akan menyelesaikan

masalah tersebut? Manusia tidak akan mampu menyelesaikannya sendiri disebabkan kerana sifat

kekurangan yang dimiliki, disinilah pentingnya Allah yang memiliki sifat kesempurnaan bagi hidup

manusia.

bersambung